Friday, 30 December 2011

Mentaati kedua Ibu Bapa

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim
Huraian:
Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

Thursday, 22 December 2011

“Bila mana kita mengingati Tuhan kita dan rasa takut kepadaNYA,maka bertambahlah iman dan apabila kita bersikap lalai,melupakan tuhandan mensia-siakan perintah dan larangan-NYA maka berkuranganlah iman.” (Al-Iman oleh Ibn Abi Syaibah :7) .

Monday, 5 December 2011


♥::♥
Jangan mudah mengumbar kata-kata cinta dengan maksud atau hanya sekadar bergurau...
♥::♥
Tiap kata-kata kita akan mnjadi catatan tersendiri oleh malaikat dan di sisi Allah...
♥::♥
... Bukankah dalam Al-Quran kita diperintahkan hanya berkata-kata yang baik ???
♥::♥
Sesuatu yang bergurau pun ada batasannya, kerana perkara hati itu sangat mudah terbuka dan akan sulit diselesaikan dengan segera..
♥::♥
Pahamilah, hati wanita itu lembut dan mudah tersentuh, akan timbul gangguan hati jika jeratan yang kalian tabur hanya sekadar main-main…
.♥::♥
Adam, jangan terlalu murah engkau dalam berbicara dan jangan terlalu mudah engkau mengucapkan kata-kata ‘I LOVE YOU’ atau ‘I MISS YOU’ kepada sang hawa kerana engkau pun tahu hawa itu sangat rapuh hatinya dan mudah goyah imannya. Jika kau ikhlas ingin memiliki mereka, maka datangilah wali mereka dan pinanglah mereka dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim…
♥::♥
Simpanlah kata-kata indah itu hanya untuk pasangan yang halal kerana ia berhak menerimanya :")

Pantun Tudung

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Tuesday, 8 November 2011

Antara amalan-amalan yang terbaik.....

1. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
2. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aiduladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan. (H.R. Tarmizi)
NIAT jahat seseorang lelaki terhadap perempuan pada mulanya akan dinyatakan secara bergurau (misalnya, boleh saya peluk awak? hahaha. Gurau je). Gurauan itu untuk menguji/mengetahui sikap seseorang perempuan itu. Jika perempuan itu tak kisah, lelaki akan bergurau dan menguji lagi, sehingga niat jahatnya terlaksana.