Friday, 30 December 2011

Mentaati kedua Ibu Bapa

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim
Huraian:
Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

Thursday, 22 December 2011

“Bila mana kita mengingati Tuhan kita dan rasa takut kepadaNYA,maka bertambahlah iman dan apabila kita bersikap lalai,melupakan tuhandan mensia-siakan perintah dan larangan-NYA maka berkuranganlah iman.” (Al-Iman oleh Ibn Abi Syaibah :7) .

Monday, 5 December 2011


♥::♥
Jangan mudah mengumbar kata-kata cinta dengan maksud atau hanya sekadar bergurau...
♥::♥
Tiap kata-kata kita akan mnjadi catatan tersendiri oleh malaikat dan di sisi Allah...
♥::♥
... Bukankah dalam Al-Quran kita diperintahkan hanya berkata-kata yang baik ???
♥::♥
Sesuatu yang bergurau pun ada batasannya, kerana perkara hati itu sangat mudah terbuka dan akan sulit diselesaikan dengan segera..
♥::♥
Pahamilah, hati wanita itu lembut dan mudah tersentuh, akan timbul gangguan hati jika jeratan yang kalian tabur hanya sekadar main-main…
.♥::♥
Adam, jangan terlalu murah engkau dalam berbicara dan jangan terlalu mudah engkau mengucapkan kata-kata ‘I LOVE YOU’ atau ‘I MISS YOU’ kepada sang hawa kerana engkau pun tahu hawa itu sangat rapuh hatinya dan mudah goyah imannya. Jika kau ikhlas ingin memiliki mereka, maka datangilah wali mereka dan pinanglah mereka dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim…
♥::♥
Simpanlah kata-kata indah itu hanya untuk pasangan yang halal kerana ia berhak menerimanya :")

Pantun Tudung

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Tuesday, 8 November 2011

Antara amalan-amalan yang terbaik.....

1. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
2. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aiduladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan. (H.R. Tarmizi)
NIAT jahat seseorang lelaki terhadap perempuan pada mulanya akan dinyatakan secara bergurau (misalnya, boleh saya peluk awak? hahaha. Gurau je). Gurauan itu untuk menguji/mengetahui sikap seseorang perempuan itu. Jika perempuan itu tak kisah, lelaki akan bergurau dan menguji lagi, sehingga niat jahatnya terlaksana.
Dari Anas bin Malik r.a.bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak apabila akhir zaman terdapat empat 4 macam golongan mengerjakan ibadat haji iaitu Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk 'makan angin', Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga, Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis, Ahli qira'at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan.
Tidak Mudah Bosan Dan berputus ASA

" diriwayatkan dari Abu hurairah r.a bhw Rasulullah saw bersabda," doa sesorg selalu dikabulkan selama dia tidak berdoa dengan menyandang atau memutuskan silaturohim, dan slama dia tidak terburu2 "

ssorg bertanya,"wahai Rasulullah, apa terburu2 itu?" Beliau bersabda: " Orang yang berdoa mengucapkan " Aku telah berdoa dan berdoa , ttp belum juga dikabulkan," sehingga dia berasa kesal lalu tidak berdoa lagi" (HR Muslim )

Sumber : Amalan Muslim ( Muhammad Thariq Shalilh)

kita sibuk dengan anugerah skrin didunia...
contohnya anugerah
~pelakon lelaki terbaik
~pelakon wanita terbaik
~pelakon pembantu lelaki terbaik
~pelakon pembantu wanita terbaik
dan sebagainya...
tidakkah kita terpikir anugerah skrin dipadang mahsyar nanti...
~hamba ALLAH lelaki paling beriman dan bertaqwa
~hamba ALLAH perempuan paling beriman dan bertaqwa
~hamba ALLAH lelaki yang banyak berzikir
~hamba ALLAH perempuan yang banyak berzikir
~hamba ALLAH lelaki yang suka solat awal waktu
~hamba ALLAH perempuan yang suka solat awal...

renungi lah bersama , adakah kita layak menerima anugerah dipadang mahsyar itu...
~I tell the boys and girls: Allah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah swt. He will send her/him to you when you're ready. It is only a matter of time..~(Sheikh Mamdouh)
Mengapa aku dihidupkan di dunia ?
1) Untuk menyembah Allah (Al-Bayyinah :98)
2) Sebagai khalifah di muka bumi (Al-An'am:165)
3) Untuk menyeru kebaikan, membanteras kejahatan (Ali-Imran:104)
4) Allah tidak jadikan aku sia-sia (Al-Mu'minun : 115)

Friday, 16 September 2011

Allah ta’ala juga berfirman,

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللّهِ الإِسْلاَمُ

“Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam.” (QS. Ali Imran: 19)
-Beritahu pada wanita itu dirinya ibarat kaca di sentuh terguris, di hantuk serpih, di hempap berkecai

-Beritahu pada wanita itu jaga tingkah laku,jaga pakaian harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah akan di hukum selamanya, keturunan dicerca payah di mana & dalam keadaan macam mana pun,BIAR ORANG KENAL…Dia orang ISLAM…

-Beritahu pada wanita itu simpan secebis malu…kerana malu itu, SEBAHAGIAN daripada IMAN….

ISLAM' is a 'school'
'DUNIA' is a 'Class'
'WE' are 'Student'
'QURAN' is 'Syllabus'
'SOLAT' is 'Practical'
'MUHAMMAD (S.A.W)' is 'teacher'
'ALLAH' is Examiner'
'Qiamat' is date of 'Result'
'Jannah' is the best 'reward :)
♥ Bila terasa BERDOSA ucap Astaghfirullah ♥
♥ Bila BERJANJI ucap Insyaallah ♥
♥ Bila rasa TAK TERDAYA ucap Lahaulawalaquwataillahbillah ♥
♥ Bila percaya PADA Allah ucap Lailahaillallah ♥
♥ Bila rasa BERSYUKUR ucap Alhamdulillah ♥
♥ Moga HIDUP sentiasa BERSAMA Allah ♥
♥ Moga iman MENINGKAT kepada Allah ♥
♥ I Need Allah In My Life ♥

Saturday, 13 August 2011

"..Bulan Ramadhan ini disebut sebagai bulan hidayah, sekalipun hidayah datang mencurah-curah, jika tidak ditadah dengan hati yang bersih, ia tidak akan memberikan apa-apa manfaat. Umpama hujan yang turun dengan lebat dari langit, tetapi jika tidak ditadah dengan bekas atau tempayan, ia hanya akan berlalu begitu sahaja. Justeru, BERSIHkanlah kan hati untuk menadah hidayah di bulan Ramadhan..
"kenape asyik2 bg nasihat?jemula wei,poyola,berlagak bagosla"
hakikatnya nasihat teramat penting bg menjaga/membentuk peribadi manusia,
nasihat jg bkn hanya pd org lain tp pd diri sendri juga supaya Allah mengira segala perbuatan harian kita,jika tidak sia2 shj umpama non-muslim menjalani kehidupan mereka. tersilap cara,kita berdosa dan kita bersama2 org kafir msuk neraka.Na'uzubillah...
Kejarlah akhirat nescaya ketenangan emosi & jiwa adalah milikmu, 'dunia' pula akan mengejarmu; namun jika dunia itu dikejar, ia akan lari darimu, sehingga dikau tersungkur keletihan, tanpa ketenangan jiwa & emosi. Yakinlah, itu janji Allah & RasulNya. Namun niatmu perlu lurus & telus. [Zaharuddin.net]
Allah befirman,

"Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah" [Al-Humazah : 1]
Allah befirman ,

"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan" [Al-Baqarah : 191]
Allah befirman,

"Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar." [Al-Buruj : 10]
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.˙·٠•●♥​ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.​ Kalau berCINTA dengan manusia mesti akan timbul perkataan "KITA CLASH". Tapi , kalau berCINTA dengan ALLAH dan RASULLAH ade ke timbul perkataan ''KITA CLASH''? Tak ade kan? Sebab CINTA ALLAH & RASULLAH adalah CINTA ABADI...(◕‿-) •.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.˙·٠•●♥​ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.
Syukur, Allah mengizinkan kita mengecapi nikmat Iman & Islam...
Syukur, Allah mengurniakan kita satu bulan yang penuh dengan barokah...
Syukur, Allah jadikan padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan...
Syukur, Allah naungi kita dengan rahmat & hidayah-Nya...
Syukur, Allah pertemukan lagi kita dengan bulan yang mulia ini...

..::ALHAMDULILLAH::..

Sunday, 31 July 2011

──▄▄████████▄───▄████████▄▄
─█░░░░░░░░░░░█─█░░░░░░░░░░░█
█░░░░░░░░░░░░░█░░░░░░░░░░░░░█
█░░░░░░▄▄███▄░░░▄███▄▄░░░░░░█
█░░░░░████████▄████████░░░░░█
─█░░░░█̶*WELCOME RAMADAN*█░░░░█
──▀█░░░███████████████░░░█▀
────▀█░░░███████████░░░█▀
──────▀█░░░███████░░░█▀
────────▀█░░░███░░░█▀
──────────▀█░░█░░█▀
────────────▀█░█▀
──────────────█

Saturday, 30 July 2011

(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ . ♥
/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
/ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥

Friday, 29 July 2011

Sudahlah bercakap mengenai CINTA. Ya! Bila kita sudah terjebak pasti susah untuk kembali kepada Allah. Usahalah ke arah itu, inshaAllah Dia pasti bersama kita. Jangan pula kita terus membenci CINTA dan mula muak dengannya. Bersikaplah positif. CINTA itu FITRAH. Usahlah melawannya tetapi KAWALlah ia sebaiknya. Ambillah peluang RAMADHAN kali ini menjadi pengikat hawa NAFSU kita!
-Aman dengan Iman-
Assalamualaikum~
Berita GEMBIRA buat para muslimat yg X SUKA BERTUDUNG : Ada Ustaz
bagitahu, bahawasanya Islam TIDAK MEWAJIBKAN pun anda utk bertudung.
Tapi Islam mewajibkan kita SEMUA untuk MENUTUP AURAT !!! Tak kesahlah
nak pakai LANGSIR ka, SELIMUT ka, KARPET atau TUDUNG SAJI sekalipon ! ;D
“Islam itu mudah, janganlah kita menyukarkannya”.
Selamat Beramal~ ♥-

Tuesday, 26 July 2011


❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤
♥ Jadikan sahabat sejatimu adalah pena.
♥ Saluran penumpahan idea-ideamu adalah dakwah.
♥ Kawan bermainmu adalah buku.
♥ Istanamu adalah rumahmu.
♥ Simpanan kekayaanmu adalah tenaga atau masa sihatmu.
♥ Jangan hiraukan hal-hal yang telah berlalu.
♥ Sentiasalah mendekatkan dirimu dengan-Nya.
❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤

Sunday, 24 July 2011

♥ Hari kelmarin sudah tiada. ♥ Hari ini sedang berlangsung. ♥ Sementara hari esok belum lahir. ♥ Harimu adalah hari ini, maka isilah dengan ketaatan nescaya engkau akan mendapat keberuntungan.

Thursday, 21 July 2011

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

Tuesday, 19 July 2011

Oh Allah, I feel so weak, but I fast Ramadan. I am strong.
Oh Allah, I feel so tired, but I make dua. I open my eyes.
Oh Allah, I feel so dirty, but I repent to You. I am cleansed.
Oh Allah, I feel so depressed, but I remember you. I am at peace.
Oh Allah, I feel so lost, but I follow Your Commands. I am safe.
Oh Allah, nobody listens, but You never turn your back on me. I am grateful.
Oh Allah, my heart breaks, but I imagine meeting You. My heart finds rest.
Oh Allah, I cry every night, but I make wudu. I wash away my tears.
Oh Allah, I feel so alone, but I pray to You... :')
jangan mencaci sesama kita.....

dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.
Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun.
Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.


(Hadith Riwayat Ahmad

‎42 Nasihat Agama Yang Amat Berguna

1-Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.
” إذا لم تستح فاصنع ما شئت “
2-Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.
” أطب مطعمك تكن مجاباالدعوة “
3-Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.
” اتق الله حيثما كنت “
4- Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.
” اتْبع السيئة الحسنة تمحها “
5- Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.
” خالقِ الناس بخلق حسن “
6- Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.
” اتق المحارم تكن أعبد الناس “
7-Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.
” ارض بما قسم الله لك تكن أغنى الناس “
8-Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.
” أحبّ للناس ما تحبّ لنفسك “
9-Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.
” لا تُكثر الضّحك فإنّكثرة الضحك تميت القلب “
10- Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.
” الظّلم ظلمات يوم القيامة “
11-Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.
” اتقوا الله واعدلوا في أولادكم “
12-Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.
” اتق النار ولو بشقّ تمرة “
13- Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.
” اتقوا دعوة المظلوم “
14- Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.
” أثقل شيء في الميزان الخلق الحسن “
15- Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah Akhlak dan Budi Pekerti yang mulia.
” التأني من الله والعجلة من الشيطان “
16-Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.
” قلة المال أقلّ للحساب “
17-Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT.
” لا تغضب ولك الجنة “
18- Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.
” أحبّ الأعمال إلىالله أدومها وإن قلّ “
19- Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.
” أحب البلاد إلى الله مساجدها “
20-Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid.
” أبغض البلاد إلىالله أسواقها “
21-Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar.
” أحبّ الطعام إلى الله ما كثرت عليه الأيدي “
22-Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai.
” أحب الكلام إلى الله أن يقول العبد سبحان الله وبحمده “
23-Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah :
سبحان الله وبحمده
” أحب الناس إلى الله أنفعهم “
24-Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam agama.
“أحبّ الأعمال إلى الله سرور تُدخله على مسلم “
25-Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia.
” من كفّ غضبه ستر الله عورته “
26-Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya.
” سوء الخلق يُفسد العمل كما يُفسد الخلّ العسل “
27- Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.
” أحبّ عباد الله إلى الله أحسنهم خلقا “
28- Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling Mulia Akhlaknya.
” إحذروا الدنيا فإنها خضرة حلوة “
29-Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya.
” إحفظ لسانك “
30-Jagalah lidah kamu.
” أدّ الأمانة إلى من ائتمنك “
31-Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.
” لا تخن من خانك “
32-Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.
” أدعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة “
33-Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya.
” بشروا ولا تنفروا “
34-Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.
” يسّروا ولا تُعسّروا “
35-Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu urusan.
” كل بيمينك وكل مما يليك “
36-Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.
” إذا آتاك الله مالا فليُر أثر نعمة الله عليك “
37-Jika kamu didatangi nikmat atau harta, maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu.
” إذا أتاكم كريم قوم فأكرموه “
38-Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian, maka muliakan mereka.
” إذا أتاكم من ترضون دينه وخُلُقه فزوّجوه “
39-Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu, dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.
” إذا أراد الله بأهل بيت خيرا أدخل عليهم الرّفق “
40-Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia, Allah SWT akan mencampakkan perasaan Kasih Sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut.
” إذا أسأت فأحسن “
41-Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu, maka lakukanlah kebaikkan kepada mereka.
” إذا حاك في نفسك شيء فدَعْه
42-jika ada orang melaga-lagakan kamu,biarkanlah dia

Thursday, 14 July 2011

Cantiknya wanita bukan kerana rupa...
Cantiknya wanita bukan kerana bentuk badannya...
Cantiknya wanita bukan kerana merdu suaranya...
Cantinya wanita bukan kerana pandai menggoda...
Cantiknya wanita bukan kerana sikap manjanya...
Tetapi,cantiknya wanita kerana ILMU,IMAN,AMAL dan AKHLAK yang dipelihara olehnya...Itulah wanita yang CANTIK seCANTIKnya...

Saturday, 9 July 2011

DIA LANGGAR ARUS ORANG RAMAI:

Orang ramai slumber TINGGAL SOLAT,dia pulak penuh kehambaan TUNAIKAN SOLAT SEAWAL WAKTU.
Orang ramai sibuk ke PROGRAM MELALAIKAN,dia pulak sibuk dengan MAJLIS ILMU di masjid.
Orang ramai bangga DEDAHKAN AURAT,dia pulak bejihad PELIHARA AURAT.
Orang ramai seronok baca MAJALAH HIBURAN,dia pulak akrab dengan BUKU AGAMA & ILMIAH.
Orang ramai sibuk LAYAN NAFSU DENGAN COUPLE,dia pulak penuh sabar menanti jodoh PASANGAN YANG HALAL.
Orang ramai guna mata untuk TENGOK VIDEO LUCAH,dia pulak guna mata untuk LIHAT KEBESARAN ALLAH.
Orang ramai suka MENCARUT,dia pulak suka BERZIKIR.
Orang ramai ego MENCEMUH DAKWAH & NASIHAT,dia pulak sentiasa menghina diri kepada ALLAH dan bersabar dalam BERDAKWAH.
Orang ramai habiskan masa dengan DOSA & MAKSIAT,dia pulak banyakkan BERAUBAT & IBADAT....
Adakah DIA itu kita??? Renungkan2.......
★ Dari Semut kita belajar sikap KERJASAMA ★
★ Dari API kita belajar untuk BERANI MENGHADAPI CUBAAN ★

★ Dari IBU kita belajar MENGASIHI ★
★ Dari AYAH kita belajar KEIKHLASAN ★

★ Dari TEMAN kita belajar MEMAHAMI ★
★ Dari KESALAHAN kita belajar menjadi manusia yang lebih BAIK ★

Wednesday, 6 July 2011

Seorang Muslimah sejati akan merasa cukup bahagia tanpa kekasih tidak halal di sisinya, kerana yakinnya dia pada janji Allah, serta telah diserahkan hatinya pada Allah untuk diuruskan, kerana ia percaya hanya Allah sahaja sebesar-besar pengharapan yang mampu membawa dirinya kepada insan yang dicintainya itu…..

Saturday, 2 July 2011

..........(¯`v´¯)
...........`•.¸.•´ CINTA HALAL VS HARAM
..........(●̮̮̃•̃).(●̮̮̃•̃)
......... /█\ ♥/█\
╔═════ ✾ ✯ ʚįɞ ♔══════════════✾ ✯ ʚįɞ ♔══════════╗
Jika cinta MANUSIA membawa kepada lembah NERAKA, maka berpalinglah kepada CINTA yang membawa ke SYURGA..InsyaAllah..
╚══════ ♔ ʚįɞ ✯ ✾════════════ ♔ ʚįɞ ✯ ✾═══════════╝

Thursday, 30 June 2011

Dari telinga jatuh ke hati, itu wanita, mudah terpesona dengan apa yang didengarinya. Akibatnya, sering tertipu antara pujian hakiki dan tipu helah perangkap. Dari mata jatuh ke hati, itu lelaki, mudah terpesona dengan apa yang dilihatnya, hingga kerap terkeliru antara indah hakiki & palsu. Justeru, wanita perlu berhati2 dgn ucapan indah yg didengarinya, lelaki perlu menjaga pandangannya.
♥~♥~♥
(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*❤
♥ Rasa SAYANG membUat kita BAHAGIA
♥ Rasa PERCAYA membUat kita YAKIN
♥ Rasa KECEWA membUat kita MENANGIS
♥ Rasa CINTA terkadang PAHIT
Tetapi...
♥ Rasa UKHUWAH... seLamanya akan teraSa MANIS.

Saturday, 25 June 2011

(¯`v´¯) Jangan menagih kasih orang yg belum halal buatmu..tetapi dekatkan dia `•.¸.•´♥♥ dengan cinta Ilahi...Insya Allah,apabila kamu memilikinya,dia jauh lebih ¸.•´... ¸.•´¨) ¸.•*¨) baik dalam menyayangimu berbanding kekasih yg sering
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨¯`•.♥♥♥mengungkapkan kata sayang kepadamu..

Thursday, 23 June 2011

Dari telinga jatuh ke hati, itu wanita, mudah terpesona dengan apa yang didengarinya. Akibatnya, sering tertipu antara pujian hakiki dan tipu helah perangkap. Dari mata jatuh ke hati, itu lelaki, mudah terpesona dengan apa yang dilihatnya, hingga kerap terkeliru antara indah hakiki & palsu. Justeru, wanita perlu berhati2 dgn ucapan indah yg didengarinya, lelaki perlu menjaga pandangannya.

Tuesday, 21 June 2011

kalau nak menjaga pergaulan, hendaklah menjaga keseluruhannya...iaitu dengan menjaga pergaulan dengan semua perempuan, bukan menjaga dengan sesetengahnya atau seorang perempuan sahaja...begitu juga dengan perempuan, hendaklah menjaga pergaulan dengan semua lelaki, bukan setengahnya saja.. kalau kita mnjaga pergaulan dgn hanya pada setengah/seorang perempuan/lelaki saja sama la kita tidak mnjaga pergaulan...renung2kan...(muhasabah bersama)~
Begitulah Islam sebenar. Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya.
Ku pndang kiri ada perempuan yg pakai legging, ku pndng knan ada pmpuan yg pkai baju ketat, ku pndng dpn ada prmpuan yg pkai skirt pendek, ku pndng blkng ada wanita yg pkai jean ketat. Nak pndng bwah nmpk kputihan kaki mreka. Klau mndongak ke ats tk nmpak jln. Pastu ke arah mn lagi pandanganku ini ingin dipalingkan? Takkan nk tutup mata kot,tk pasal2 nanti langgar tiang plak...APA PON X BOLEH..

Saturday, 18 June 2011

Dia tahu apa yang kita mahu, apa yang kita inginkan, tapi mana mungkin kita dapat memperolehinya jika kita tidak minta serta mentaati perintah-Nya, disamping menyempurnakan syarat-syarat (berdasarkan Al-Quran dan Hadis) yang telah ditetapkan oleh-Nya untuk kita memperolehi apa yang kita mahu..fikir-fikirkanlah

Wednesday, 15 June 2011

Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.. so,brapa kali kuar + brape langkah dh kta kuar xttup aurat??
jadi ape konsep aurat sebenarnyer???
~renung renungkan..~
Saat Allah mencintai seseorang,tmpat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka.Disitulah Allah melenyapkan rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka,kmudiaN digantikan dgn harapan dan keinginan utk berubah menjadi insan bersih.Hati kita seeloknya selalu berbisik:"Aku tau bila Allah mencintaikuiaitu saat ku membenci segala kejahatanku"

Singkat Akal,
Singkat Kain,
Singkat Pandanganan,
Singkat Pengetahuan,
Singkat Hati.
......
Boleh dikatakan sering yang singkat-singkat ini banyak keburukannya tapi sayang manusia sering juga memlih yang singkat ini. Malah untuk berjaya juga manusia sering memilih JALAN SINGKAT yang mana jalan ini sudah terbukti tidak berterusan dan menjadikan pelakunya menjadi jauh lebih baik.

Rasululllah S.A.W pernah berkata bahawa Umat Islam yang baik dan berfikir tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak 2 kali kerana Umat Islam adalah Umat yang berfikir dalam dan BERFIKIRAN PANJANG buka 'Berfikiran SINGKAT' dan manusia apabila sudah sering melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang kali juga taraf dan derajatnya 'Sebagai Manusia itu sudah jatuh kepada haiwan dan binatang'.

p/s: REnung-renungkan dan selamat beramal :)
A : "weh kau tahu tak boyfriend aku call aku 3x sehari,love of my life (smbil wat muke mintak kaki)"
B : "oh really? lover aku call aku 5x sehari (muke bangga)
A : Bestnya,banyak credit lover kau?.
B : x lah ni connection wire-less
A : (muke x puas hati) hmm.. kol bape dia call?
B : SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB and ISYA'. Nak romantik aku pulak call DIA pukul 2-3 pagi  macam tu. Masa Dhuha pun ada.

Sunday, 12 June 2011


Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?


1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...
Sabda Rasulullah SAW: Sungguh seorang hamba berbuat dosa, lalu ia memohon pengampunan pada Allah, ampunilah hamba, maka berkatalah Allah padanya: HambaKu, sungguh telah berbuat dosa, namun ia mengetahui ia memiliki Tuhan Yang Maha Memaafkan dan menolongnya, maka kumaafkan hambaKu. (ucapan ini terus diulang2 oleh Rasul SAW” (Shahih Bukhari).
"Lelaki yg baik takkan pernah berani mengungkap kata cinta,sayang,rindu,kasih.. kpd seorang wanita,shingga wanita tersebut sah menjadi yang halal bagi dirinya.Bukan kerana lelaki itu pemalu dengan wanita..tetapi lelaki itu takut dan malu dgn Allah..takut akan dimurkai Allah..
Bila menyebut neraka tidak terasa akan gerunnya.
Bila menyebut syurga tidak terasa akan nikmatnya.
Itu menunjukkan hati dan jiwa kita mati atau buta

Saturday, 11 June 2011

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!

yg singkat itu "WAKTU"
yg menipu itu "DUNIA"
yg Dekat itu "KEMATIAN"
yg besar itu "HAWA NAFSU"
yg berat itu "AMAL"
yg sulit itu "IKHLAS"
yg mudah itu "BUAT DOSA"
yg susah itu "SABAR"
yg sering lupa itu "BERSYUKUR"
yg membakar amal itu "GHIBAH"
yg mendorong ke Neraka itu "LIDAH"
yg berharga itu "IMAN"
yg ditunggu ALLAH SWT, adalah "TAUBAT"

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*'*¸.•'´¯) ¸.•'´ ¯)♥♥
✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿

♥* peringatan untuk diri ♥*
Bila berpuasa katanya kita nak diet.. :D
Bila solat awal waktu katanya kita alim.. :)
Bila sedekah katanya kita nak menunjuk..♥
Bila berpakaian menutup aurat katanya kita kolot.. :(
manusia.. ;)manusia.. ;)
tidakkah engkau tahu bahawa kita wajib mentaati perintah-NYA..!!

Friday, 10 June 2011


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



...SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??



Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)



baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...



Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.



Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.



Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”



Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”



dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”



Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.



Jawab salam yang betul ialah ;



“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;



“WAALAI KUM SALAM”



Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.



Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.



Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.



Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.



Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.



* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”



Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..



Sekian, semoga ada manfaatnya

Thursday, 9 June 2011


INGATLAH MANUSIA....

Yang paling tajam itu lidah.

Yang paling berat itu solat dengan sempurna.
Yang paling ringan itu melakukan dosa.

Yang paling dekat itu mati.

Yang paling jauh itu taubat.

MENCARI CINTA YANG HAKIKI

Bertemu cinta Teragung

Di dalam sujudku asyik menyanjung

Umpama pengembara di malam gelita

Tahu cintaNYA menerangi jiwa.

Sekian lama terbiar

Dalam belantara hidup nan liar

Di bukit ku tersepit

Di lembah terhina

Hidup yg pedih mengajar ku mencari cinta

Ku sangka teguh kiranya masih rapuh

Ku sangka mudah namun amat payah

Ku sedar semua pasti ada akhirnya

moga akhirku diselimut cinta

cinta agungNYA

Sekian lama

Diri terlalai

Kehidupan terabai

Akhirnya aku temui kadamaian abadi

Jangn jadikn kta hmba kpd nafsu...cari lah cinta yg ABADI...yakni hanya dmiliki 0leh ALLAH S.W.T..INSYAALLAH...AMIN^-^

Sesiapa membaca satu huruf daripada Al-Quran akan mendapat sepuluh pahala.
من مسح على شعر يتيمنزلت الذنوب من بين أصابعه
Sesiapa menyapu atau mengusap kepala anak yatim, akan gugurlah dosa dari celah-celah jarinya.
من ستر مسلما أو مسلمهستره الله في الدنيا والآخرة
Sesiapa menutup keaiban seseorang muslim atau muslimah, Allah SWT akan menutup keaibannya di dunia dan Akhirat.
من نفس كربة عن أخيهنفس الله عنه كربة من كرب يوم القيامة
Sesiapa meringankan kesusahan saudaranya, Allah SWT akan meringankan kesusahannya di Akhirat nanti.
من قرأ آية الكرسي قبل نومهلا يزال عليه من الله حافظ حتى يصبح
Sesiapa membaca ayat Kursi sebelum tidur, Allah SWT akan menjaga dirinya sehingga ke waktu subuh