Thursday, 30 June 2011

Dari telinga jatuh ke hati, itu wanita, mudah terpesona dengan apa yang didengarinya. Akibatnya, sering tertipu antara pujian hakiki dan tipu helah perangkap. Dari mata jatuh ke hati, itu lelaki, mudah terpesona dengan apa yang dilihatnya, hingga kerap terkeliru antara indah hakiki & palsu. Justeru, wanita perlu berhati2 dgn ucapan indah yg didengarinya, lelaki perlu menjaga pandangannya.
♥~♥~♥
(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*❤
♥ Rasa SAYANG membUat kita BAHAGIA
♥ Rasa PERCAYA membUat kita YAKIN
♥ Rasa KECEWA membUat kita MENANGIS
♥ Rasa CINTA terkadang PAHIT
Tetapi...
♥ Rasa UKHUWAH... seLamanya akan teraSa MANIS.

Saturday, 25 June 2011

(¯`v´¯) Jangan menagih kasih orang yg belum halal buatmu..tetapi dekatkan dia `•.¸.•´♥♥ dengan cinta Ilahi...Insya Allah,apabila kamu memilikinya,dia jauh lebih ¸.•´... ¸.•´¨) ¸.•*¨) baik dalam menyayangimu berbanding kekasih yg sering
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨¯`•.♥♥♥mengungkapkan kata sayang kepadamu..

Thursday, 23 June 2011

Dari telinga jatuh ke hati, itu wanita, mudah terpesona dengan apa yang didengarinya. Akibatnya, sering tertipu antara pujian hakiki dan tipu helah perangkap. Dari mata jatuh ke hati, itu lelaki, mudah terpesona dengan apa yang dilihatnya, hingga kerap terkeliru antara indah hakiki & palsu. Justeru, wanita perlu berhati2 dgn ucapan indah yg didengarinya, lelaki perlu menjaga pandangannya.

Tuesday, 21 June 2011

kalau nak menjaga pergaulan, hendaklah menjaga keseluruhannya...iaitu dengan menjaga pergaulan dengan semua perempuan, bukan menjaga dengan sesetengahnya atau seorang perempuan sahaja...begitu juga dengan perempuan, hendaklah menjaga pergaulan dengan semua lelaki, bukan setengahnya saja.. kalau kita mnjaga pergaulan dgn hanya pada setengah/seorang perempuan/lelaki saja sama la kita tidak mnjaga pergaulan...renung2kan...(muhasabah bersama)~
Begitulah Islam sebenar. Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya.
Ku pndang kiri ada perempuan yg pakai legging, ku pndng knan ada pmpuan yg pkai baju ketat, ku pndng dpn ada prmpuan yg pkai skirt pendek, ku pndng blkng ada wanita yg pkai jean ketat. Nak pndng bwah nmpk kputihan kaki mreka. Klau mndongak ke ats tk nmpak jln. Pastu ke arah mn lagi pandanganku ini ingin dipalingkan? Takkan nk tutup mata kot,tk pasal2 nanti langgar tiang plak...APA PON X BOLEH..

Saturday, 18 June 2011

Dia tahu apa yang kita mahu, apa yang kita inginkan, tapi mana mungkin kita dapat memperolehinya jika kita tidak minta serta mentaati perintah-Nya, disamping menyempurnakan syarat-syarat (berdasarkan Al-Quran dan Hadis) yang telah ditetapkan oleh-Nya untuk kita memperolehi apa yang kita mahu..fikir-fikirkanlah

Wednesday, 15 June 2011

Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.. so,brapa kali kuar + brape langkah dh kta kuar xttup aurat??
jadi ape konsep aurat sebenarnyer???
~renung renungkan..~
Saat Allah mencintai seseorang,tmpat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka.Disitulah Allah melenyapkan rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka,kmudiaN digantikan dgn harapan dan keinginan utk berubah menjadi insan bersih.Hati kita seeloknya selalu berbisik:"Aku tau bila Allah mencintaikuiaitu saat ku membenci segala kejahatanku"

Singkat Akal,
Singkat Kain,
Singkat Pandanganan,
Singkat Pengetahuan,
Singkat Hati.
......
Boleh dikatakan sering yang singkat-singkat ini banyak keburukannya tapi sayang manusia sering juga memlih yang singkat ini. Malah untuk berjaya juga manusia sering memilih JALAN SINGKAT yang mana jalan ini sudah terbukti tidak berterusan dan menjadikan pelakunya menjadi jauh lebih baik.

Rasululllah S.A.W pernah berkata bahawa Umat Islam yang baik dan berfikir tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak 2 kali kerana Umat Islam adalah Umat yang berfikir dalam dan BERFIKIRAN PANJANG buka 'Berfikiran SINGKAT' dan manusia apabila sudah sering melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang kali juga taraf dan derajatnya 'Sebagai Manusia itu sudah jatuh kepada haiwan dan binatang'.

p/s: REnung-renungkan dan selamat beramal :)
A : "weh kau tahu tak boyfriend aku call aku 3x sehari,love of my life (smbil wat muke mintak kaki)"
B : "oh really? lover aku call aku 5x sehari (muke bangga)
A : Bestnya,banyak credit lover kau?.
B : x lah ni connection wire-less
A : (muke x puas hati) hmm.. kol bape dia call?
B : SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB and ISYA'. Nak romantik aku pulak call DIA pukul 2-3 pagi  macam tu. Masa Dhuha pun ada.

Sunday, 12 June 2011


Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?


1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...
Sabda Rasulullah SAW: Sungguh seorang hamba berbuat dosa, lalu ia memohon pengampunan pada Allah, ampunilah hamba, maka berkatalah Allah padanya: HambaKu, sungguh telah berbuat dosa, namun ia mengetahui ia memiliki Tuhan Yang Maha Memaafkan dan menolongnya, maka kumaafkan hambaKu. (ucapan ini terus diulang2 oleh Rasul SAW” (Shahih Bukhari).
"Lelaki yg baik takkan pernah berani mengungkap kata cinta,sayang,rindu,kasih.. kpd seorang wanita,shingga wanita tersebut sah menjadi yang halal bagi dirinya.Bukan kerana lelaki itu pemalu dengan wanita..tetapi lelaki itu takut dan malu dgn Allah..takut akan dimurkai Allah..
Bila menyebut neraka tidak terasa akan gerunnya.
Bila menyebut syurga tidak terasa akan nikmatnya.
Itu menunjukkan hati dan jiwa kita mati atau buta

Saturday, 11 June 2011

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!

yg singkat itu "WAKTU"
yg menipu itu "DUNIA"
yg Dekat itu "KEMATIAN"
yg besar itu "HAWA NAFSU"
yg berat itu "AMAL"
yg sulit itu "IKHLAS"
yg mudah itu "BUAT DOSA"
yg susah itu "SABAR"
yg sering lupa itu "BERSYUKUR"
yg membakar amal itu "GHIBAH"
yg mendorong ke Neraka itu "LIDAH"
yg berharga itu "IMAN"
yg ditunggu ALLAH SWT, adalah "TAUBAT"

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*'*¸.•'´¯) ¸.•'´ ¯)♥♥
✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿

♥* peringatan untuk diri ♥*
Bila berpuasa katanya kita nak diet.. :D
Bila solat awal waktu katanya kita alim.. :)
Bila sedekah katanya kita nak menunjuk..♥
Bila berpakaian menutup aurat katanya kita kolot.. :(
manusia.. ;)manusia.. ;)
tidakkah engkau tahu bahawa kita wajib mentaati perintah-NYA..!!

Friday, 10 June 2011


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



...SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??



Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)



baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...



Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.



Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.



Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”



Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”



dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”



Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.



Jawab salam yang betul ialah ;



“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;



“WAALAI KUM SALAM”



Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.



Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.



Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.



Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.



Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.



* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”



Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..



Sekian, semoga ada manfaatnya

Thursday, 9 June 2011


INGATLAH MANUSIA....

Yang paling tajam itu lidah.

Yang paling berat itu solat dengan sempurna.
Yang paling ringan itu melakukan dosa.

Yang paling dekat itu mati.

Yang paling jauh itu taubat.

MENCARI CINTA YANG HAKIKI

Bertemu cinta Teragung

Di dalam sujudku asyik menyanjung

Umpama pengembara di malam gelita

Tahu cintaNYA menerangi jiwa.

Sekian lama terbiar

Dalam belantara hidup nan liar

Di bukit ku tersepit

Di lembah terhina

Hidup yg pedih mengajar ku mencari cinta

Ku sangka teguh kiranya masih rapuh

Ku sangka mudah namun amat payah

Ku sedar semua pasti ada akhirnya

moga akhirku diselimut cinta

cinta agungNYA

Sekian lama

Diri terlalai

Kehidupan terabai

Akhirnya aku temui kadamaian abadi

Jangn jadikn kta hmba kpd nafsu...cari lah cinta yg ABADI...yakni hanya dmiliki 0leh ALLAH S.W.T..INSYAALLAH...AMIN^-^

Sesiapa membaca satu huruf daripada Al-Quran akan mendapat sepuluh pahala.
من مسح على شعر يتيمنزلت الذنوب من بين أصابعه
Sesiapa menyapu atau mengusap kepala anak yatim, akan gugurlah dosa dari celah-celah jarinya.
من ستر مسلما أو مسلمهستره الله في الدنيا والآخرة
Sesiapa menutup keaiban seseorang muslim atau muslimah, Allah SWT akan menutup keaibannya di dunia dan Akhirat.
من نفس كربة عن أخيهنفس الله عنه كربة من كرب يوم القيامة
Sesiapa meringankan kesusahan saudaranya, Allah SWT akan meringankan kesusahannya di Akhirat nanti.
من قرأ آية الكرسي قبل نومهلا يزال عليه من الله حافظ حتى يصبح
Sesiapa membaca ayat Kursi sebelum tidur, Allah SWT akan menjaga dirinya sehingga ke waktu subuh